23 April 2021

WORLD FILM CARNIVAL (WFC) SINGAPORE 2021 - FATTAH AMIN MENANG ANUGERAH LELAKI TERBAIK



Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fattah Amin apabila dia melakar sejarah dalam kerjaya seninya selepas memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021 menerusi lakonannya dalam filem seram, 'Miimaland'.

Kemenangan Fattah itu diumumkan menerusi laman web rasmi WFC Singapore 2021. Fattah mengakui terkejut dan berkata kemenangan itu tidak pernah disangka.

"Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan. Sebaik saja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik, saya jadi terkejut.

Klik untuk gambar besar



"Memang saya tidak sangka. Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik.

"Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Nur Fazura itu berkata kemenangan tersebut menjadi pembakar semangat dalam menghasilkan karya terbaik selepas ini.



"Seperkara yang menarik mengenai anugerah ini adalah ia dibuat berdasarkan penilaian juri profesional, bukannya atas undian," ujarnya.

Awal bulan ini, 'Miimaland' diangkat Filem Seram Terbaik pada AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada.

Selain itu, filem arahan Nevin Hiong yang menampilkan Fattah dan Sophia Albarakbah sebagai teraju utama, menggondol trofi Pengarah Terbaik selain menjadi finalis bagi kategori Sinematografi Terbaik.












www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Fattah Amin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: