23 April 2021

USIA 8 BULAN, DAYAH BAKAR HANTAR ANAK KE SEKOLAH: "FAHRI BOLEH JUMPA FRIENDS..."



"Fahri’s 1st day to school 💙 Ibu 🥺 la tiba-tiba Fahri dah pergi school, apa ni ? 🥺 Basically, it's a playgroup, jadi Fahri boleh jumpa friends, explore new thing and environment. Sekejap je, around 2 hours. I surely cherish moment like this and of course Dayah record and documented it, so someday Fahri boleh tengok balik 🥰.

"Setiap waktu bersama sangat berharga, sentiasa bersyukur, jangan kita sia-siakan dan remember, when you do something, do it out of love 🤍 #DBinAussie #AchbarMuhammadFahri #miniDayaHanif," tulis pengacara dan personaliti TV, Dayah Bakar yang berkongsikan mengenai perkembangan anak sulungnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia lapan bulan.

Dalam sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Dayah ada memuat naik video pendek di mana dia sedang menghantar Fahri ke sekolah.

Ujar Dayah, sekolah yang dimaksudkannya itu merupakan sebuah institusi pendidikan berkonsepkan playgroup yang bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran baharu dan bersosial.

Klik untuk gambar besar



Dalam video tersebut, Dayah berkongsi keletah mencuit hati anak kesayangannya itu sepanjang perjalanan ke sekolah yang juga ditemani bapanya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.

Untuk makluman, Dayah dan Hanif telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Dayah juga kini sedang menetap di Australia mengikut suaminya yang bekerja sebagai tentera selama setahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Dayah Bakar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: