14 April 2021

"BIRTHDAY KAU TAPI AKU YANG DAPAT HADIAH" - ADHWA TAK SANGKA ISTERI BERI KERETA MEWAH



Sebelum ini, pelakon Nadzmi Adhwa menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Ardell Aryana 10 hari lebih awal dengan menghadiahkannya kereta serba guna, Toyota Alphard berwarna hitam sebagai tanda rasa penghargaan di atas pengorbanan isteri.

Kejutan berkenaan dibuat lebih awal kerana Nadzmi enggan isterinya menghidu kejutan yang ingin dilakukannya.

Terkini, giliran Ardell pula membalas hadiah apabila memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz C-300 ini kepada suaminya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada video yang dikongsikan di laman Instagram, Nadzmi, 29, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila menerima kejutan tersebut pada hari lahir isterinya yang ke-31

"Selamat hari bahagia @ardellaryana ❤️✨. Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru 🤣🤣. Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah 🤣. Kalau tiap tiap hari birthday kau seronok juga kan. 🤣 HAHA. Hari hari aku dapat hadiah 🥳," tulisnya.

Tambah pelakon filem 'Anak Penjanjian Syaitan', Ardell tidak pernah mengecewakan dalam bab kejutan sejak mereka berkawan lagi.



"Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah fail untuk suprise kan aku sampai terkentut kentut aku tadi 😝," tuturnya.

Menerusi carian di laman web Mercedes-Benz, kereta tersebut dijual dengan harga bermula RM291,800.

Untuk makluman, Nadzmi dan Ardell berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan pada 1 September 2019. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung perempuan bernama Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nadzmi Adhwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: