23 April 2021

COVID-19: FARISHA IRWAYU POSITIF, TAHAP TIGA - SUAMI & RAKAN ARTIS, LAILA NASIR JUGA POSITIF



Pelakon Farisha Irwayu menerusi laman Instagram miliknya telah memberitahu dirinya kini disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang sejak 19 April lalu.

Jelas Farisha, 52, dia membuat ujian calitan selepas merasakan dirinya mempunyai tanda-tanda gejala COVID-19 seperti batuk dan demam berterusan selama seminggu.

Pelakon yang pernah popular dengan slot drama 'Spektra' suatu ketika dahulu, memaklumkan dirinya memakai gelang biru dan putih sebagai tanda pesakit COVID-19 yang sudah berada pada tahap tiga.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Farisha turut meminta orang ramai untuk pergi berjumpa dengan doktor segera jika mempunyai tanda-tanda gejala COVID-19.

"Saya dipakai gelang berwarna biru dan putih sebab COVID-19 stage 3. Hari ini masih batuk kuat, sakit belikat belakang pinggang. Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sakit sikit-sikit, batuk atau demam, jangan ambil remeh," tuturya.

Sementara itu, suaminya iaitu Tuan Asmawi Tuan Umar, 46, juga disahkan positif COVID-19 sehari selepas dia dimasukkan ke pusat kuarantin. Bukan itu sahaja, rakan seangkatan pelakon Laila Nasir juga positif COVID-19.



"Dr. Shamirul Hospital Selayang call saya.. mengatakan suami saya @tuanasmawi juga + #covid_19. Sedih juga bila dpt tahu suami juga positive covid.. adik fikir abg negative..rupanya setia disitu...

"Sesiapa yg ada close contact dgn suami saya seminggu yang lepas.. sila buat swab test ya... tq.. mohon doa semua ya... semoga kami berdua dan pesakit2 covid yg lain sembuh dan bebas dari covid19 dan diberi kekuatan utk menempuhi ujian dari Allah ini.. Amin.

"Doakan juga buat sahabat saya @lailanasirofficial yg disahkan positive #covid_19 hari ini.. juga buat adik @sweetqismina, juga buat Asistance Director saya utk drama #kiblatyanghilang @_nazlinda.yusof di sahkan positive covid19, 2 hari lepas.. semoga kesemua mereka kuat utk menghadapi ujian dari Allah, dan segera sembuh... Aamin..," tulisnya.



Farisha juga meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya dan keluarga agar cepat sembuh dan mendapatkan kesihatan yang baik semula di bulan Ramadan ini.

"Doctor Sanjit Singh datang melawat saya.. dah 2 hari tekanan darah saya sgt rendah, terpaksa masukkan air garam sebanyak 4 botol, dah 3 kali ambil darah dan buat ECG, jantung ok.. Alhamdulillah.. cuma covid dalam darah naik, covid dah menyerang paru paru kiri kanan dan belakang.. kalau tak ok.. kemungkinan saya akan dihantar ke Hospital Sg. Buluh..

"Teruskan berdoa utk saya, ya keluarga, sahabat dan semua yang mengenali saya dan suami semoga result suami negative, dan saya dan semua yang terkena covid, bebas covid sepenuhnya.. Amin.. T.Kasih atas doa semua yg perihatin akan kesihatan saya dan suami.. Semoga anda semua sentiasa dalam Rahmat dan lindungan Allah Swt. Amin..," katanya.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Farisha Irwayu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: