10 April 2021

DAKWAAN NIKAH DI SIAM, ISTERI KEDUA - SERINA REDZUAWAN TAMPIL NAFI



Dakwaan cef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan terhadap anaknya, Serina Redzuawan yang dikatakan bernikah di Siam, Thailand, itu hangat dipekatakan. Terkini, Serina menerusi satu perkongsian di laman Instagram telah tampil menafikan perkara itu.

Serina berkata pernikahannya dengan lelaki dikenali sebagai Aidid berlangsung di sebuah negeri di Malaysia. Dalam pada itu, Serina turut menafikan dakwaan bergelar isteri kedua sebaliknya suaminya yang juga seorang anggota polis berstatus duda tanpa anak. Kata Serina lagi, bapanya berang dan dan meluahkan kekecewaannya secara terbuka di Instagram semalam kerana hasutan pihak lain.

"Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tahu kami nikah, dan dia kata kami kahwin di Siam itu adalah "TIDAK BENAR" KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.

Klik untuk gambar besar



"*Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah, besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain. Secara jujur papa dah tau kami nikah I dah maklum kan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa. Also I nak jelaskan Suami I bukan suami orang duda, sebelum kenal I pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh Suami I yang tak benar.

"*I pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak, Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis. Memang I akui ramai yang hasut papa dan cucuk papa macam macam suka tengok keluarga kami hancur. I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni.



"Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam. Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti untuk kenduri jamuan doa selamat. Apa pun I maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami moga Allah beri orang ini hidayah. Tolong hormat juga keluarga belah mertua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata Doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat.

"Secara jujur, papa sudah tahu kami bernikah kerana saya sudah maklumkan papa. Suami juga sudah berjumpa dengan papa. Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam. Fikirlah secara logik, sempadan pun tutup mana ada buka. Cuba doakan yang baik-baik dan jangan jadikan media sosial tempat tambah dosa, mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain," tulisnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: