24 April 2021

DEK PAKAI SWEATER, KAMAL ADLI DITUDUH POYO - UQASHA TAMPIL 'BACK UP'



Pelakon Kamal Adli baru-baru ini telah menerima komen negatif dan dituduh poyo oleh seorang pengikut di laman Instagram, gara-gara dirinya memakai sweater atau baju sejuk ketika cuaca panas terik.

Pelakon Uqasha Senrose tampil mempertahankan penampilan bakal suaminya itu dengan membidas semula komen yang ditulis individu berkenaan.

"Kalau dia poyo pun kenapa kau yang sakit hati? Siapa suruh tengok? Kasihan orang macam ni (emoji ketawa). Hasad dengki, kasihan awak!" balasnya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum itu, Uqasha memuat naik dua keping foto dia bersama Kamal Adli di Instagram. Namun, penampilan Kamal mengenakan sweater dan snow cap mengundang rasa kurang senang seorang pengikut. Individu berkenaan menegur fesyen yang digayakan Kamal yang dilihat tidak sesuai dipakai ketika cuaca panas.

"Macam gam** dressing (persalinan) mamat tu... kau ingat Malaysia ni sejuk ke? Poyo poyo. Acah-acah Kpop mamat ni tak sedar diri hidung kembang macam Jawa," tulis netizen tersebut.

Sementara itu, rata-rata pengikut menyokong komen balas Uqasha itu dan meminta netizen berkenaan mengabaikan perkongsian pasangan pelakon ini.



"Kalau tak suka tak payah komen. Scroll je laju-laju. Mulut kau! Orang kurang kasih sayang memang macam ni tak boleh tengok orang bahagia. Biarlah dia pakai apa pun, janji dia handsome. Tak ada benda baik nak komen, lebih baik diam je, senangkan?" tulis peminat.

Menerusi laporan mStar pada 4 April lalu, pasangan ini mengesahkan bakal diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi. Bagaimanapun mereka tidak mendedahkan tarikh pernikahan sehingga benar-benar muktamad.

Pasangan ini mula berkenalan rapat pada tahun 2019 selepas digandingkan bersama dalam drama 'Selepas Terlafaznya Akad'.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Uqasha Senrose & Kamal Adli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: