02 April 2021

"I'M NOT GONNA STAY WITH YOU..." - LUAH MADU ADIRA, PERGI BALAI POLIS 3 PAGI



"Tak pernah rasa sesakit ini. Saa dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula. Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak. Mereka patut membesar dan belajar tetang kegembiraan dan kasih sayang, berbanding kebencian dan kesengsaraan.

"Satu (ikatan) perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil," demikian luahan madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Red menerusi Instagram Stories mengenai keadaan dirinya dan anak-anak.

Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Syarifah Nor Hassim seolah-olah memberikan bayangan status itu berkenaan rumah tangga yang tidak bahagia. Selepas memuat naik status tersebut, Datin Red turut berkongsi dirinya ditemani rakan baiknya berada di balai polis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi.

Klik untuk gambar besar



Tulis rakannya yang memuat naik keadaan dirinya berpakaian serba hitam di balai polis berkenaan: "Kalau hidup tak boleh menyenangkan, jangan menyusahkan! Teruskan kuat".

Untuk makluman, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin bersama Adira tanpa pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima orang cahaya mata. Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan tiga cahaya. Secara keseluruhnya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak dalam semua perkahwinannya.











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Datin Red

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: