02 April 2021

SELAMAT BERSALIN 25 MAC LALU - ELEENA SUI BERSYUKUR SUAMI SEMPAT PULANG DARI SUDAN



"Syukur Alhamdulillah di atas amanah ini Ya Allah. Sepatutnya tarikh saya dijangka bersalin ialah pada satu Ramadan nanti (13 April). Selepas satu malam saya tahan sakit sebab ingatkan hanya sakit perut biasa, rupa-rupanya baby EA dah tak sabar nak jumpa semua orang.

"Ini adalah hadiah yang paling bermakna Allah beri kepada saya dan suami, Faisya setelah empat tahun kami mendirikan rumah tangga," kata pelakon dan pengacara, Eleena Sui yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 25 Mac lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Eleena atau nama sebenarnya, Nor Eleena Hamzah, 29, berkongsi berita gembira tersebut seminggu selepas kelahiran menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Eleena masih belum mendedahkan nama dan jantina anak sulungnya itu. Sebaliknya dia hanya menggelarkan pertama hatinya itu sebagai Baby EA.

Dalam masa sama, Eleena yang berkahwin dengan seorang peguam iaitu Ahmad Faisya Mohd pada 4 Februari 2017 itu meluahkan rasa syukur apabila suaminya yang bertugas di Sudan sempat kembali ke tanah air untuk menemaninya bersalin.


"Ketakutan terbesar saya ialah jika saya terpaksa bersalin berseorangan disebabkan suami masih lagi bekerja di Sudan. Tapi saya sangat-sangat bersyukur dia sempat pulang dan menemani saya sepanjang proses kelahiran anak sulung kami," tuturnya.

Sebelum ini nama Eleena hangat diperkatakan selepas gambarnya menghadiri majlis pernikahan pelakon Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah menjadi bualan hangat netizen.

Foto Eleena di pelamin yang sama digunakan Hannah menjadi punca kepada pendedahan bahawa pasangan itu sebenarnya sudah bernikah sejak setahun yang lalu iaitu Februari 2020.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Eleena Sui

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: