03 April 2021

TAHNIAH - SITI SARAH SAH HAMIL, BAKAL TIMANG ANAK KEEMPAT



"Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru dalam 'perjalanan'. Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.

"Jujur Sarah tak sangka, selepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang," demikian tulis penyanyi Siti Sarah yang mengumumkan berita gembira dimana dia kini sedang hamil anak keempat .

Enam tahun menantikan kehadiran cahaya mata, Sarah meluahkan rasa syukur dengan memuat naik video memaparkan ujian alat kehamilan menerusi laman Instagram miliknya.

Ditanya mengenai spekulasi hamil sebelum ini selepas kelihatan 'baby bump', Sarah memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan mengenai perkara itu sebelum ini kerana kandungannya masih baru lagi.

Klik untuk gambar besar



"Ramai tanya masa mula-mula dulu, tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ini Sarah rasa kandungan dah kuat, baru berani nak beritahu. Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada 'anxiety', jadi Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan.

"Sarah nak mintak kalian semua doakan Sarah dan kandungan. Sarah doakan juga ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu," katanya.

Untuk makluman, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan, Shuib pada Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Siti Sarah & Shuib Sepahtu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: