11 April 2021

KONTROVERSI TAK GUGAT KEBAHAGIAAN DENGAN PU RIZ - NEELOFA BERSYUKUR



"Keadaan memang agak tegang sejurus kami mendirikan rumah tangga, namun ia tidak sedikitpun memberikan kesan kepada kebahagiaan kami. Maksudnya, kami masih sepasukan dan sentiasa berbincang mengenai apa yang patut dilakukan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur untuk bahagian ini. Sekarang, saya sentiasa ada seseorang yang mengingatkan dan menasihatkan perkara yang saya tidak nampak.

"Suami berpesan jangan memanjangkan isu ini. Alhamdulillah, saya bersyukur diberikan pengalaman melalui semua ini dengan suami di sisi," itulah kata selebriti Korean popular, Neelofa.

Biarpun dihimpit satu demi satu kontroversi, Neelofa, 32, mengakui hubungannya dengan suami, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, tidak sesekali terjejas.

Klik untuk gambar besar



Malah, kata Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, dia bersyukur mempunyai seseorang suami yang boleh diajak berbincang dan memberikan nasihat.

Neelofa berkata, dia menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang mematangkan. Dia tetap positif dengan apa sahaja komen yang dilontarkan.

"Ada kala orang salah tafsir cara saya, tetapi ada hikmah daripada setiap apa yang berlaku. Macam manapun saya ambil yang baik sahaja dan kekal positif. Saya akan sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak terkesan dengan cakap orang. Dahulu saya lagi teruk kena kecam.


"Saya melalui pelbagai pengalaman dari tahun pertama menceburi bidang seni pada 2011. Apa yang orang tak kata mengenai saya? Saya percaya ini juga adalah proses pembelajaran dalam hidup," ujarnya.

Justeru, Neelofa berharap orang ramai tidak memanjangkan insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan isu merentas negeri pada kunjungannya ke Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Sebaliknya, raikan kedatangan Ramadan, minggu depan. Tambah Neelofa, dia dan suami teruja mahu menyambut Ramadan pertama sebagai suami isteri.

"Kami teruja nak menyambut Ramadan bersama. Saya berharap, kami dapat menjadi pasangan dalam beribadah. Saya turut mendoakan supaya kita dapat menyambut bulan Ramadan dengan hati yang bersih," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: