11 April 2021

"TIPU SAYA HIDUP-HIDUP BERLAKON MINTA RESTU KONON" - DIDAKWA AIBKAN KELUARGA, CHEF WAN MINTA MAAF



"Cantik pula bunga air mata pengatin ini. Musim panas bukan main menjadi. Ramai pulak lebah2 yg nak sedut madunya. Begini la kehidupan di dunia. By the way ucapan terima kasih tidak terhingga to all my fans for all their encouraging words asking me to be strong.

"My appology juga to those who think saya aib kan anak sendiri. For me as her nikah was already annouced on the IG naturally I had to explained the truth. Nikah sempadan tak berdaftar ke nikah di Siam ke the honest truth is already done probaby months ago while he is still married to the 1st wife.

"Depan saya dua2 tipu saya hidup2 berlakun minta blessing konon. Dah Nikah tu mengaku aja lah kan. Non of this misunderstanding will timbul pun. Tuduh org fitnah nak rosak keluarga etc to cover their asses for what? Bangkai gajah tu lama2 pun bau busuk.

"As a celebrity my life is like an open book these days. Buat perkara itu semua hanya malu kan saya. As for all those nitizen that dont have the balls or just idiots making comments tanpa usul periksa they can continue to cursed me for all I care.

Klik untuk gambar besar



"Most important I have taught them a lessons jangan menipu, berdolak dalih dan juga to others out there JANGAN MEMBELAKANG KAN EMAK BAPAK dgn urusan nikah kawin ini.

"Banyak betul cerita yg kita dengar di akhirnya hidup mereka tak selamat. BE RESPECTFUL of Ibu dan bapa kita. I have nothing to loose to face society for standing on the right principals.

"Baik la tanam bunga, jaga kucing2 dan emak pun mereka tahu nak respect saya for looking after them. Ini kan setengah manusia," demikianlh tulis cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya.



Dalam status tersebut, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan meminta maaf jika beliau dianggap seperti mahu mengaibkan keluarga sendiri selepas mendedahkan pelbagai isu mengenai pernikahan anaknya, Serina Redzuawan.

Menurut Chef Wan, beliau bertindak sedemikian selepas Serina sendiri umumkan pernikahannya tanpa pengetahuannya dan ia sebagai penjelasan kepada semua sebagai bapa.

Tambahnya, apa proses pernikahan sekalipun, Chef Wan agak kecewa apabila mendakwa Serina dan suaminya yang merupakan seorag pegawai polis, Meor Mohammad Aidid cuba menipu atau menyembunyikan sesuatu.


Tegas Chef Wan lagi, urusan pernikahan itu sepatutnya tidak membelakangkan ibu bapa. Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. serin turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis. Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 9.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Chef Wan & Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: