18 April 2021

PENDAKWAH RAYA KEMBALIKAN KERTAS SIASATAN - NETIZEN KECEWA KES NEELOFA BELUM SELESAI



"Kertas siasatan telah dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil. Kami akan menyerahkan kembali kepada DPP untuk tindakan selanjutnya minggu depan," ujar Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, memaklumkan pihak Timbalan Pendakwah Raya mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan terhadap pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Riz berhubung dakwaan majlis pernikahan langgar prosedur operasi standard (SOP) belum selesai.

Sementara itu, rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan proses siasatan majlis nikah Neelofa dan PU Riz yang memakan masa yang lama itu. Bahkan ramai yang mengungkit layanan 'dua darjat' di antara golongan selebriti dan rakyat biasa berkaitan isu ini.

Klik untuk gambar besar



Kebanyakan juga sepertinya penat dengan perbezaan layanan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa dan berharap agar siasatan yang lebih telus dilakukan tanpa mengira latar belakang individu berkenaan.

Sebelum ini, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut SOP yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.



Polis membuka kertas siasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Terdahulu, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa. Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Untuk makluman, Neelofa dan Riz selamat diijabkabul sebagai pasangan suami isteri pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.





www.myartis.com / Sumber: mStar, Beautifulnara & Astro Awani

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: