18 April 2021

"SAYA NAK BAGI PEDOMAN, NASIHATKAN TAK TAHU... BERANI BUAT BERANI TANGGUNG" - SHUK



"Saya nak bagi pedoman pun saya tak tahu, saya nak nasihatkan pada orang lain pun saya tak tahu. Saya tak pandai nak bagi nasihat. Cuma saya nak cakap kalau kita berani buat berani tanggung. Kita yang beli beras," itulah kata-kata pengacara dan pelawak, Shuk Sahar yang berkata golongan lelaki harus berani menanggung segala risiko dan kesan andai pernah melakukan kesilapan.

Seperti yang diketahui, kisah rumah tangga melibatkan Shuk bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah menjadi bualan hangat sebelum ini.

Insiden berlaku selepas Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar didakwa berlaku hingga peminat ada membuat spekulasi sendiri. Bagaimanapun, Shuk mengakui kekhilafan diri, seterusnya menjadikan perkara tersebut sebagai satu iktibar buat dirinya.

"Bila terjadinya perkara macam ni membuat saya sedar apa yang paling penting dalam hidup ini adalah keluarga. Sebab apa pun yang berlaku percayalah kalau tiada keluarga yang bersama dengan kita, kita tidak akan kuat.

Klik untuk gambar besar



"Isteri masih berada bersama dengan saya, jadi syukur Alhamdulillah. Masih lagi menerima diri saya seadanya. Saya bersyukur raya tahun ini saya akan dapat beraya bersama-sama dengan keluarga," kata bintang berusia 35 tahun ini.

Dalam pada itu, pengacara kelahiran Pulau Pinang ini turut meluahkan rasa syukur kerana si isteri masih menerima dirinya meski pernah melakukan kesilapan dalam rumah tangga.

"Isteri masih berada bersama dengan saya, jadi syukur Alhamdulillah. Masih lagi menerima diri saya seadanya. Saya bersyukur raya tahun ini saya akan dapat beraya bersama-sama dengan keluarga," tutur Shuk yang mendirikan rumah tangga bersama Rossalennah atau Sera pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan itu.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: