"Bismillahirrahmanirrahim. Dan Journey pun bermula.. tiada apa yg dipinta hanya doa yang baik-baik dari semua.. 💛 #4months," tulis pelakon Izreen Azminda yang mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan anak ketiganya.
Izreen Azminda berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Izreen memohon doa daripada peminat dan pengikutnya. Di ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan Izreen di samping ucapan tahniah.
Untuk makluman, ini adalah cahaya mata kedua hasil perkahwinan Izreen dengan suami yang juga pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim kini berusia dua tahun.
Terdahulu, menerusi perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adrian Umar.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Izreen Azminda
________________________
No comments:
Post a Comment