03 April 2021

ABC TERSINGKIR MLS2 - NETIZEN SOKONG KOMEN AWIE, DATUK SERI VIDA BUAT HURU HARA



Malam tadi telah menyaksikan kumpulan Zuzuzu dan ABC sebagai peserta yang tersingkir pada minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2).

Namun begitu, kebanyakkan netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kesian dengan ABC apabila persembahan mereka dikatakan menjadi huru-hara gara-gara kemunculan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebagai tetamu jemputan kumpulan tersebut.

Nama Vida hangat diperkatakan netizen apabila dia dikatakan sebagai punca ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B itu tersingkir sekaligus tidak layak ke petas akhir program berkenaan.

Malah juri tetap MLS2 iaitu Datuk Awie juga memberika komen pedas kepada Vida. Menurut Awie, pembabitan Vida membuatkan ABC tenggelam dan sketsa yang dipersembahan menjadi tidak teratur.

Klik untuk gambar besar



"Peringkat awal tadi masa mula-mula sebelum Datuk Seri masuk saya nampak dah ada sesuatu yang best di situ antara Cik B dengan Achok dah okay. Momentum tu dah okay. Kemudian apabila termasuk Datuk seri dalam ni tadi dia menjadi satu cerita yang dah berberza, dah lari daripada tajuk cerita dia. Jadi agak terganggu juga penceritaan ini. Minta maaf ini cerita ikhlas.

"Mungkin tidak mementingkan kemenangan tetapi saya rasa yang lain ni perlu untuk menang untuk mendapatkan sesuatu di pentas yang besar ni. Sayang sangat sayang dia jadi huru-hara kat atas tu. Jadi saya bagi 3 bintang," komen Awie.

Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Vida yang dianggap merosakkan kumpulan anaknya sendiri. Netizen juga seolah-olah menyalahkan Vida kerana terlalu over sewaktu membuat persembahan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton sebaik sahaja melihat ABC berusaha mengawal keadaan.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: