08 April 2021

SARAH HILDEBRAND 'MEMULANGKAN PAKU BUAH KERAS' KEPADA PEMINAT SETIA NEELOFA



"Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan pada diri kamu (peminat fanatik Neelofa)? Ingat lagi tak apa yang pernah kamu katakan kepada aku dulu? Kamu membandingkan dia (Neelofa) dengan isteri Rasullulah S.A.W., Khadijah, wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun di atas muka bumi ini.

"Berfikirlah dan berhenti menjadi kelakar. Ini bukannya sarkas," itulah kata-kata pelakon Sarah Hildebrand yang memuat naik status kontroversi mengenai isu Noor Neelofa di mana dia seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada peminat setia selebriti terkenal itu yang pernah mengecam perubahan penampilannya sebelum ini.

Menerusi laman Instagram, Sarah, 30, telah menulis sebuah status khas ditujukan buat peminat fanatik pelakon, pengacara dan usahawan terkenal itu yang katanya, pernah menyamakan Neelofa dengan keperibadian isteri Nabu Muhammad S.A.W, Siti Khadijah.

Manakala di satu hantaran berbeza, Sarah turut meletakkan gambarnya bersebelahan dengan foto Neelofa sambil menunjukan emoji jari tengah di Instagram Storynya.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pelakon 'Pujaan Hati Kanda' itu memberi reaksi yang pelbagai dan beranggapan Sarah sepatutnya tidak mengambil kisah dengan sikap netizen yang suka bercakap dan mengkritik. Namun, setelah beberapa ketika, Sarah dilihat telah menyahaktifkan akaun media sosial Instagramnya itu.

Terdahulu, kisah Sarah dan Neelofa ini mula tercetus apabila dia tampil mengkritik pengacara MeleTOP itu yang mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab malam di ibu kota sekitar tahun 2018 yang lalu.

Kemudiannya, peminat mula membanding-bandingkan kedua-dua personaliti ini apabila Sarah mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung manakala Neelofa pula berhijrah dengan berhijab dan berniqab.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: