15 April 2021

ZIZAN GENAP USIA 37 TAHUN, MOHON DOA CEPAT DAPAT JODOH



"Assalamualaikum. Ucapan HAPPY BIRTHDAY BUAT MU MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK. Semoga terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum.

"Semoga Allah merahmati mu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur. Segala usaha mu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin amin amin. #happybirthday #zizanrazak," tulis pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi laman Instagram.

Selain ucapan hari lahir buat dirinya, Zizan yang kini sudah menginjak usia 37 tahun hari ini itu turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dirinya dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak juga mendoakan agar dirinya cepat dipertemukan jodoh.

Ucapan yang ditulis Zizan untuk dirinya sendiri itu turut menarik perhatian ramai rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraanya dan rata-ratanya mengharapkan pelakon filem 'Polis Evo' itu segera dipertemukan jodoh.

"Happy birthday bro. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan cepat kahwin," tulis Fizo Omar.



"Selamat lahir beb! Semoga dipercepatkan jodoh, dikurniakan kesihatan amin," tulis Yana Samsudin.

"Happy birthday Zizan. Semoga berjaya dunia akhirat! Saya cop awal-awal nak jadi pengapitmu," usik Izzue Islam.

Terdahulu, Zizan pernah dikaitkan bercinta dengan Juliana Evans, Mira Filzah dan Emma Maembong. Kesemua selebriti wanita yang dikaitkan dengannya itu kini sudah berkahwin sehinggakan netizen pernah membuat gurauan yang menyebabkan Zizan terasa hati dengan perkara itu baru-baru ini.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zizan Razak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: