02 May 2021

BUKAN TIKET BERSUKA RIA - JAMAL ABDILLAH GUNA KEBENARAN RENTAS NEGERI SEBAIKNYA



"Alhamdulillah, aktiviti saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agak padat. Selain menyanyi, saya juga mengusahakan ladang ternakan ikan arowana yang terletak di Bukit Merah. Jadi memang keraplah saya bergerak dari Shah Alam ke Perak... buat masa ini tiada halangan untuk menguruskan ladang kerana saya ada surat kebenaran untuk bergerak bila-bila masa.

"Mudahlah untuk saya uruskan perniagaan... saya memang guna kebenaran itu untuk urusan kerja sepenuhnya, tak pergi mana-mana. Saya pun ada rumah di Ipoh, jadi lebih mudah urus kerja," kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah apabila beliau mendapat kebenaran merentas negeri bagi menguruskan ladang ternakan ikan miliknya yang terletak di negeri Perak.

Meskipun mendapat kebenaran, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, berkata, dia sama sekali tidak menggunakan kelonggaran itu sebagai tiket untuk bersuka-ria. Jamal memberitahu kebenaran yang diberikan oleh kerajaan itu digunakan sebaik-baiknya bagi memudahkan urusan perniagaan dan bukanlah untuk tujuan peribadi.

Klik untuk gambar besar





Menyedari ada dalam kalangan selebriti termasuklah orang awam menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri, penyanyi lagu 'Belenggu Rindu' ini berkata ianya terpulang kepada individu berkenaan. Namun mereka haruslah bersedia menerima apa jua tindakan termasuk dikompaun atau didenda jika didapati menyalahgunakan kebenaran tersebut.

"Saya ada baca tentang isu rentas negeri yang membabitkan selebriti sebelum ini. Bagi saya itu atas diri sendiri. Sebagai selebriti kalau anda buat benda salah, jadi kena bersedialah terima apa jua akibatnya... ini semua pilihan sendiri," ujarnya dipetik sebagai kepada mStar.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: