02 May 2021

LEPAS ISU PELAWAT HOSPITAL - KINI MAJLIS TAHNIK ANAK LELAKI SITI NURHALIZA PULA DIPERTIKAI



Sebelum ini, netizen mempertikaikan isu prosedur operasi standard (SOP) di hospital tempat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan anak kedua iaitu bayi lelaki apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain suaminya, Datuk K atau nama sebenarnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin. Terkini, nampaknya Siti berterusan menjadi sasaran netizen kerana didakwa gagal mematuhi SOP bagi mencegah penularan Covid-19.

Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Klik untuk gambar besar





Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid-19 masih lagi mencatatkan empat angka.

Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Momen sekitar majlis berkenaan dikongsikan Siti di Instagram. Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut.



"PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya... sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga ti

ndakan.12 bila buat macam ini... macam hidup dekat dunia kaya. Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?" tulis netizen.

Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.















www.myartis.com / Foto: Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: