02 May 2021

"SEMOGA ALLAH MERAHMATI KASIH SAYANG KITA..." - UCAPAN NEELOFA SEMPENA ULANG TAHUN SUAMI



"Kepada lelaki mengagumkan yang sangat saya cintai, selamat hari ulang tahun kelahiran. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kamu dan agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan terhadapNya.

"Semoga Allah merahmati kasih sayang kita berdua seperti mana Dia memberkati cinta Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah, amin," itulah ucapan pelakon, pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-26 suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang disambut pada Ahad.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberkati kehidupan suaminya.

Klik untuk gambar besar





PU Riz kemudian membalas ucapan manis yang dikirimkan oleh isterinya itu: "Terima kasih isteri atas doa yang baik," katanya.

Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dalam sebuah majlis yang bertemakan serba putih.


www.myartis.com / Foto: Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: