02 May 2021

DAKWA ARTIS YOUTUBE 'ARTIS PEROMPAK' - AWIE JELAS DIA BUKAN MENIDAKKAN REZEKI ORANG



Berhubung kenyataan mengenai artis YouTube yang didakwanya sebagai 'artis perompak' kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar, penyanyi dan pelakon Datuk Awie berkata, dia cuma meminta persatuan muzik menyelaraskan satu penilaian bagi menilai bakat-bakat baru ini sebelum mereka tampil sebagai artis.

"Saya sentiasa terbuka dengan kehadiran artis baru dalam industri hiburan dengan mengikut cara yang betul. Saya pun dah lama dalam bidang ini dan bukan nak cari gaduh.

"Buat apa saya nak menidakkan rezeki mereka. Contohnya, untuk jadi penyanyi perlu ada lagu sendiri dan album penuh," jelas Awie dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Kata Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman, apabila mempunyai lagu sendiri, itu menjadi penanda aras untuk melabelkannya sebagai penyanyi.





"Bila ada lagu sendiri, mereka boleh buat persembahan dengan menyanyikan lagu mereka sendiri. Takkan setiap kali menyanyi nak menyampaikan lagu orang lain.

"Bila menyanyi lagu sendiri, dari situ kita boleh nampak potensi mereka dan menilai kemampuan mereka untuk menjadi penyanyi," ujarnya.

Malam tadi, Wings muncul mempersembahkan lebih 10 lagu popular mereka di acara tahunan yang dianjurkan pada bulan Ramadan setiap tahun.

"Tahun lalu, kami tak anjurkan majlis ini. Jadi, tahun ini kami kembali dan sambutannya masih sangat menggalakkan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: