"Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami, kami ingin perkenalkan Raees Zander Muhammad Atiq. Saya memohon dengan keberkatan agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh.
"Penyejuk mata hati ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal," kata pelakon Tasha Shilla yang mendedahkan wajah dan nama anak sulungnya selepas genap seminggu dilahirkan.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Tasha atau nama sebenar, Natasha Sheila Abdul Razak, 34, memuat naik gambar terkini anak lelakinya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Tasha atau nama Natasha Shiela Abdul Razak selamat melahirkan Raees Zander di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada 24 April lalu.
Pelakon filem 'Bravo 5' ini mendirikan rumah tangga dengan pakar kewangan, Muhammad Atiq pada 28 Februari tahun lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
www.myartis.com / Foto: Instagram Tasha Shilla
________________________

No comments:
Post a Comment