02 May 2021

ANAK, BEKAS SUAMI DIDIE ALIAS POSITIF COVID-19, KINI SUDAH SEMBUH



"Alhamdulillah, mereka (anak & bekas suami) pun dah sembuh daripada positif dan mereka sekarang dah pun habis tempoh kuarantin. Syukur dan mummy (Didie Alias) pun minta anda semua mendoakan semoga keluarga mummy sihat dan dilindungi daripada dijangkiti Covid-19.

"Mummy sihat, mummy tidak dijangkiti oleh Covid-19. Alhamdulillah syukur... kerana kita menjaga SOP. Anak, bekas suami mummy pun Alhamdulillah sihat dan kita minta kamu semua jangan salah faham ok. Kami semua bebas daripada Covid-19," demikianlah jelas pelakon dan pengacara Didie Alias menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Didie menghadapi dugaan besar apabila anaknya, iaitu Nur Dayini disahkan positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) pada Jumaat.





Menurut Didie, Dayini dijangkiti wabak tersebut selepas menjaga bapanya iaitu pelakon Ridzuan Hashim yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung dan masalah paru-paru berair.

"Kebetulan anak saya memang jaga bekas suami di hospital. Nak jadikan cerita, bila bekas suami pulang ke rumah, dia dimaklumkan rupa-rupanya ada pesakit Covid-19 di hospital tersebut.

"Selepas dimaklumkan perkara itu, dia terus lakukan ujian calitan dan disahkan positif. Beberapa hari selepas itu, anak saya pula alami simptom demam dan sakit tekak. Dia pun lakukan ujian calitan.



"Hari Rabu lalu dia disahkan positif. Disebabkan dia alami beberapa simptom seperti hilang deria rasa... semalam (Jumaat) dia dihantar ke Maeps untuk rawatan selanjutnya," kata Didie ketika ditemui di Bazar Aidilfitri Raya Che Salmah di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon drama siri 'Takdir Yang Tertulis' itu melahirkan rasa syukur apabila keadaan Dayini semakin baik dan bekas suaminya juga sudah pulang ke rumah selepas jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.



"Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik cuma dia ada la mengadu rindukan alat-alat tulis yang berada di rumah. Syukur juga, bapanya sudah pulang ke rumah. Keadaan bapa dia pun semakin baik cuma masih jalani kuarantin di rumah.

"Ini merupakan dugaan terbesar di bulan Ramadan terutama ketika acara bazar saya sedang berlangsung selain Instagram godam. Tapi beberapa lalu saya sudah mendapatkan akaun berkenaan semula dengan bantuan pihak SRC Record Music," ujar Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali, 49.

Untuk makluman, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana. Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.









www.myartis.com / Foto: Instagram Didie Alias & Dhaniyah Ridzuan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: