01 May 2021

"DAPAT TARIKH BARU" - PENGARAH BALAS KENYATAAN ZED ZAIDI DAKWA DRAMA 'NUR' 'SYOK SENDIRI'



"Abam (Shahrulezad) up jadual baru ini untuk Zed Zaidi sebenarnya, just nak bagitahu dia drama Malaysia yang dia kata tiada kualiti sebenarnya dapat tarikh tayangan baru. Bukan satu stesen tapi dua stesen TV.

"Jangan tanya abam kenapa mereka pull out sekarang masukkan balik.. tapi dengar kata sebab desakan peminat-peminat Nur di sana.. Dikatakan drama abam syok sendiri. Suka hati la. Saya tidak mahu terlibat dengan polemik ini. Jalan terus saja..," itulah kata pengarah Shahrulezad atau mesra disapa sebagai Budak Ijat.

Semalam, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi telah memberi kenyataan di mana dia telah mendakwa drama siri tempatan iaitu drama 'Nur' gagal berada dalam stesen TV Indonesia kerana kurang berkualiti dan boleh dianggap sebagai 'syok sendiri'.

Klik untuk gambar besar



Tampil memberikan respon, Shahrulezad dilihat telah 'menjawab' dakwaan tersebut apabila dia memuat naik waktu siaran baharu yang ditetapkan pihak stesen televisyen terbabit untuk siaran drama Nur di Indonesia.

Malah, Shahrulezad turut memaklumkan bahawa drama arahannya itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang iaitu MNCTV dan Muslim TV.



Tegas Shahrulezad pada kenyataannya sebelum ini, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV luar untuk membeli drama Nur dan keputusan mereka untuk menarik balik tayangan drama tersebut juga bukan di atas permintaannya.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan drama Nur yang bersiaran di stesen televisyen Indonesia telah ditarik balik tayangan hanya selepas satu episod ianya ke udara, difahamkan kurang mendapat sambutan.

Shahrulezad yang ditemui untuk mendapatkan respon daripadan pengguguran drama tersebut daripada tayangan berkata dia sama sekali tidak berkecil hari sebaliknya memahami citarasa penonton drama di negara itu.





www.myartis.com / Foto: Instagram Shahrulezad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: