01 May 2021

JADI 'MODAL' LELAKI GILA S*** - WANY HASRITA MINTA PEMINAT LAPORKAN VIDEO BABITKAN DIRINYA



Menerusi hantaran di InstaStory, penyanyi Wany Hasrita telah menyeru peminat dan juga orang ramai membuat laporan kepada pihak Twitter jika terjumpa video memaparkan seorang lelaki sedang memuaskan nafsu menggunakan fotonya.

Video itu sebelum ini telah menjadi tular pada hari Jumaat lalu dan berikutan itu, Wany telah menyedari kewujudan video tersebut setelah diberitahu oleh peminat yang melihat paparan tersebut di media sosal Twitter.

Dalam hantaran tersebut, Wany mengucapkan terima kasih buat mereka yang meninggalkan pesanan kepadanya mengenai video tersebut di Twitter. Wany, 29, dalam masa sama juga memohon orang ramai melaporkan video itu kepada pihak Twitter agar segera dihapuskan.

"Assalamualaikum... saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua yang DM saya berkenaan isu video di Twitter tu. Saya sebenarnya tak boleh nak buat apa, cuma apa yang boleh saya buat report (melaporkan) benda tu," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum itu, satu akaun Twitter memuat naik video seorang lelaki melakukan aksi menjijikkan di hadapan foto Wany Hasrita. Pemerhatian di akaun tersebut mendapati pemilik turut memuat naik video aksi yang sama kepada foto wanita lain.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Belenggu Rindu' dan 'Menahan Rindu' ini berharap individu berkenaan dapat menurunkan video tidak bermoral itu.

"Jadi saya nak minta jasa baik korang sesiapa yang terlintas dekat timeline atau ternampak benda (video) tu mintalah report sekali. Kita sama-sama report... InsyaAllah nanti kut dia orang turunkan video tu ke... terima kasih semua!" ujarnya.




www.myartis.com / Foto: Instagram wany Hasrita

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: