05 May 2021

DIKEKALKAN MENGACARA ICSYVM MUSIM 4 - SHUK HARAP TIDAK BAWA TEMPIAS KURANG BAIK



"Saya mengucapkan terima kasih kepada TV3 dan pasukan produksi ICSYV musim keempat kerana sudi mengekalkan saya untuk berganding dengan rakan pengacara, Sean Lee kali ini walaupun saya pernah mencetuskan kontroversi.

"Saya berharap semoga ICSYV terbaharu ini akan terus diterima baik penonton seperti musim terdahulu. Saya minta ketepikan seketika kisah lalu itu dan sokong program ini," kata pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar, 35.

Shuk nampaknya masih dikekalkan sebagai pengacara program I Can See You Voice Malaysia (ICSYVM) bagi musim keempat yang akan ditayangkan bermula 16 Mei ini.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia sangat bersyukur masih lagi diberi peluang dan memperoleh rezeki sebagai hos program hiburan popular itu.

Klik untuk gambar besar



Harapan Shuk, semoga kehadirannya pada musim baharu ini tidak membawa tempias kurang baik kepada program berkenaan yang sememangnya menjadi perhatian penonton tempatan.

Penyiaran ICSYV musim terbaharu ini juga memberi cabaran kepada pihak produksi apabila diterbitkan tanpa kehadiran penonton di studio kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Januari lalu, tular di media sosial mengenai kisah pergolakan rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan di Instagram berhubung kecurangan dilakukannya.



Shuk seterusnya digantung perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM, sebelum akhirnya kontraknya bersama stesen radio itu ditamatkan.

Shuk berjaya berbaik semula dengan isterinya selepas usaha memujuk dilakukan dengan membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya. Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal.



Malah, dia turut berjanji selepas apa yang terjadi mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: