05 May 2021

ZARINA ZAINUDDIN DEDAH RAMAI DM MAHU KAHWIN DENGAN AZAL



Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai dia sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan anak istimewanya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal. Ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.

Terkini, Zarina mendedahkan mendapat banyak mesej peribadi (Direct Message) di laman Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anak kembarnya. Zarina, 51, berkata, selain gadis ada antara wanita itu juga sebaya dengan dirinya. Menurut Zarina, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas mesej berkenaan.

"Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu. Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang 'vogue' saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung.

Klik untuk gambar besar



"Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah. Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti," katanya.

Ditanya jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata, dia tidak berkira: "Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: