25 May 2021

HATTAN HAIRAN LOKASI NILAI 'BERTUKAR MILIK': "NILAI TU DALAM NISMILAN.. BUNGKO.."



"Assalamualaikum, apo kona? Ini apo pulok dikoba Nilai dalam Selangor ni? Esei ni anak jati negeri sembilan ni woii, esei besar di Senanti. Seluruh Negeri Sembilan ni tak ada lah besar bona tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi check dengan JUPEM..," itulah kata penyanyi Dato' Hattan menerusi sebuah video di laman Instagram.

Menerusi video tersebut, Hattan baru-baru ini tampil mempersoalkan kedudukan Nilai yang dikatakan sebenarnya berada dalam negeri Selangor, bukan di Negeri Sembilan.

Ini berikutan kecoh di media sosial mengenai kes melibatkan personaliti popular, Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang didakwa tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan, seperti yang tular minggu lalu.

Rata-rata pengguna media sosial telah membuat andaian bahawa Nilai 3 sememangnya telah bertukar milik kepada Selangor gara-gara keputusan pihak berkuasa tidak mendakwa pasangan berkenaan yang merentas negeri hanya semata-mata untuk membeli karpet.

Klik untuk gambar besar



BARANGAN DAPUR MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH TANPA PERLU BERATUR PANJANG DI PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!

TERKINI... JUALAN MURAH BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT DAN ANTI CALAR. JOM SERIKAN AIDILFITRI..!




Terpanggil untuk memberi sedikit komen, Hattan yang sememangnya berasal dari Negeri Sembilan itu turut mempersoalkan isu yang sama.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial serta peminat penyanyi lagu Rendang Tidak Berbuah ini terhibur dengan video tersebut yang turut memperlihatkan Hattan bercakap dalam loghat Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan merentas negeri membabitkan pasangan kontroversi itu telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: