Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Wan Sharmila ada mendedahkan sebuah akaun palsu dikendalikan individu tidak bertanggungjawab telah menyunting gambar yang tidak sepatutnya.
Menurut Wan Sharmila atau lebih dikenali sebagai Lala, akaun tersebut telah menyunting foto artis wanita tempatan dan meletakkan wajah mereka pada gambar yang memaparkan tubuh bo***.
Antara artis wanita yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab itu adalah Mira Filzah dan ramai lagi.
Klik untuk gambar besar
Kata pelakon '7 Hari Mencintaiku' ini lagi, dia sudah pun membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan seterusnya.
Meninjau ruangan komen, cef selebriti Anis Nabilah memaklumkan bahawa dia turut mengalami perkara yang sama dan turut membuat laporan pada SKMM dan akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak polis.
________________________

No comments:
Post a Comment