25 May 2021

ISU TWEET 'GEMBIRA' DENGAN ANGKA COVID-19 - SHARNAAZ 'SOUND' IMAN TROYE



Penyanyi Iman Troye semalam dikecam oleh netizen dek kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan 'happy' (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka jangkitan itu: "Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi," tulis Iman di Twitter.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberi amaran kepada penyanyi lagu 'Teman' dan 'Pejam Celik Hari Raya' itu supaya tidak bergurau kasar terhadap orang lain yang sedang bertarung nyawa berdepan virus Covid-19.

Sharnaaz berkata, Iman sepatutnya lebih sensitif terhadap nasib yang menimpa orang lain. Menurut Sharnaaz, gurauan mengenai kes harian Covid-19 tinggi kerana kesalahan pihak tertentu tidak menjadi masalah, tapi jika sesuka hati mengharapkan kes akan meningkat sehingga 7,000 adalah tidak sesuai.

Klik untuk gambar besar



"Dalam 7,000 orang itu ada ibu bapa orang lain yang sedang bertarung nyawa atau mungkin ada yang meninggal dunia. Fikirlah wahai Iman Troye," kata Sharnaaz yang turut memberitahu, dia juga terkesan dengan perkara itu kerana sudah kehilangan dua anggota keluarga akibat dijangkiti Covid-19.

Terdahulu, ramai menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan selain dan tidak sensitif dengan isu semasa. Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: