28 May 2021

KENYATAAN FARA HANIM MENDAKWA RR & LL ANTIVAKSIN - RITA RUDAINI LUAH RASA BENGANG



"Nampak sangat tak bijak kerana pasal vaksin saja pun nak pandang serong dekat orang. Islam pula tu. Kalau macam ini tak boleh buat jiran. Suka cakap belakang, depan bukan main manis mulut. Belakang busuk juga ye.

"Tak payah tulis RR atau LL. Tulis saja nama apa salahnya kalau nak cari publisiti. Lepas ni naiklah pengikut awak ye," demikian tulis pelakon Rita Rudaini yang menempelak tindakan pengacara Fara Hanim Razak yang mendakwanya seorang anti vaksin dan menganggap Covid-19 adalah iluminati.

Terdahulu, Fara Hanim menerusi Twitter memuat naik hantaran ditulis, 'Cuba teka jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid dan serta Covid adalah iluminati'.

Rita percaya RR yang dimaksudkan Fara Hanim itu adalah dirinya dan LL adalah pelakon, Lufya Omar atau Lufya Lanaa. Rita berkata, tindakan pengacara berkenaan yang memuat naik ciapan sedemikian di Twitter adalah tidak matang.

Klik untuk gambar besar



Rita berkata, pengacara berkenaan sepatutnya datang bersemuka secara berdepan sekiranya tidak berpuas hati dengan individu-individu yang disebutkan.

"Beginikah sikap seorang muslimah. Datanglah jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang pun. Saya lagi lama duduk di kawasan ini, berjiran dengan Scha Alyahya dan Awal Ashaari serta Lufya. Tak pernah pula jumpa jiran macam ini. Elok je kami.

"Kalau tak puas hati datanglah berjumpa, kita orang Islam dan hidup berjiran. Apa masalah awak? Saya tak pernah tulis saya anti vaksin. Saya nak rebus rumput ke, itu saya punya pasal. Tak pernah kacau hidup orang pun," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: