24 May 2021

LUFYA NAFI HALANG BEKAS SUAMI JUMPA ANAK: "TAK DATANG, PERLU KE SAYA TERHEGEH-HEGEH CARINYA LAGI?"



"Kalau dia (Hafiz) dan keluarganya sendiri tak datang, perlu ke saya terhegeh-hegeh mencarinya lagi? Jawab di akhirat nanti. Sekian," itulah tulis pelakon Lufya Omar yang tampil menafikan dakwaan bahawa dia menghalang bekas suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharum daripada berjumpa dengan anak mereka, Laana Haura.

Perkara tersebut dibangkitkan Lufya apabila dia menerima soalan mengenai isu tersebut ketika membuat sesi 'Ask Me Question' di ruangan Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Ujar Lufya, dia tidak pernah menghalang Hafiz mahupun keluarga bekas suaminya itu daripada berjumpa Laana dan telah mencuba sehabis baik untuk kepentingan serta kebahagiaan anak mereka.

Tambah Lufya atau nama sebenarnya Lutfya Sheikh Omar, 37, ini lagi, dia tidak perlu ‘terhegeh-hegeh’ untuk memaksa Hafiz datang bertemu anak mereka jika dia sendiri tidak mahu.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Lufya pernah meluahkan rasa bimbang kerana kekurangan tawaran pekerjaan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Dia dilihat telah menzahirkan perasaan susah hati kerana tiada pendapatan untuk membayar komitmen termasuklah perbelanjaan anaknya yang ditanggung seratus peratus.

"Kerja tidak ada, nak bayar macam-macam, anak pun 100 peratus kita tanggung. Susah hati jangan cakaplah. Tapi Allah S.W.T mendengar doa hambanya. Satu-satu rezeki Allah S.W.T datangkan dengan mencurah-curah..," luahnya.


Dalam pada itu, Lufya turut memberikan kata-kata semangat buat wanita yang senasib dengannya agar terus kuat dan terus berjuang untuk anak-anak.

Untuk makluman, Lufya dan Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2020 lalu bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: