04 May 2021

PENGERUSI FINAS, ZAKARIA DISAHKAN POSITIF COVID-19 - AFDLIN DOAKAN CEPAT SEMBUH



Selepas menerima keputusan ujian saringan pada 3 Mei lalu, pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu Zakaria Abdul Hamid telah disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Finas, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin berdasarkan saranan dan pemantauan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang tempoh rawatan Zakaria, segala urusan dan operasi FINAS akan berjalan seperti biasa. Dalam kenyataan itu, Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau sembuh. Zakaria juga memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat situasi itu.

Klik untuk gambar besar



"Sepanjang tempoh rawatan beliau, segala urusan dan operasi Finas akan terus berjalan seperti biasa. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan dirinya dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini," katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki turut berkongsi berita berkaitan Zakaria yang disahkan dijangkiti Covid- 19 di laman Instagramnya.


"Baru dengar berita, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid sah Covid-19, sebagai orang Islam saya mendoakan yang beliau dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh.

"Saya doakan yang terbaik untuk beliau dan harap yang keluarga beliau bersabar di ketika dugaan Allah SWT ini. Mari kita semua mendoakan yang terbaik untuk saudara kita ini. Insha- Allah, dia akan pulih seperti sedia kala," tulisnya.

Pada perkongsian dibuat Afdlin di media sosial itu mendapat maklum balas baik dan positif daripada pengikutnya. Rata-rata mendoakan Zakaria pulih dari pandemik itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: