04 May 2021

ISTERI DIJANGKA BERSALIN SEPTEMBER INI - ISSEY TERUJA BAKAL TIMANG ANAK LELAKI



"Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Baby dan ibu berada dalam keadaan sihat. Jantina bayi pun kami dah tahu. Insya-Allah baby lelaki. Issey junior! Ini adalah anak pertama saya dengan isteri.

"Saya ada anak-anak tiri, namun perasaan ini berbeza," demikianlah kata penyampai radio dan pelakon Issey Fazlisham yang teruja menanti anak sulungnya yang dijangka lahir pada September ini.

Issey ketika dihubungi memberitahu, kandungan isterinya, Noor Aimi (Jamel) kini sudahpun mencecah lima bulan. Tambah Issey lagi, tiada yang pelik dialami Aimi pada kehamilan ini cuma isterinya.

Klik untuk gambar besar



"Tak ada yang pelik-pelik pun cuma Aimi tak suka ayam. Tengok ayam mentah pun dia tak mahu apa tah lagi memasaknya. Jadinya kami kalau nak makan ayam kena makan di luar sebab Aimi tak suka ada ayam dalam rumah. Selain dari itu tak ada!" tuturnya ketawa.

Pada Mac lalu, Issey dan isteri telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagram dan akaun Youtube melalui video gelagat spontan tiga anak Aimi dari perkahwinannya terdahulu iaitu Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah dimaklumkan mereka bakal mendapat adik.

"Anak-anak kami memang seronok dan tak sabar nak jumpa adik mereka. Sejak saya beritahu mereka dulu memang setiap hari bertanya bila adik nak keluar, nak letak nama apa. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya...," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: