03 May 2021

SAHKAN BERCERAI LAGI LEPAS 2 BULAN RUJUK: "AKU BUKAN SUGAR MUMMY KAU YA" - ZARINA



"Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah bercerai... ya betul kami dah cerai. Terima kasih," itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie menerusi muat naik terbaharu di laman InstaStory miliknya dimana dia mengesahkan sudah bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, selepas kembali rujuk dua bulan lalu iaitu sekitar awal Mac.

Dalam status tersebut, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul memaklumkan Eilyas melafazkan cerai itu baru-baru ini.

Terdahulu pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan mereka bercerai kali pertama selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. Zarina juga pernah berkongsi video hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian itu.

Klik untuk gambar besar





Bagaimanapun pada 2 Mac lalu, pelakon ini mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri dan keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

Sementara itu menerusi status Instastory yang lain, Zarina meminta Eilyas memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan antaranya telefon bimbit dan beg jenama mewah.

"Kau dah ceraikan aku... ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu bag, kasut tu... sebab aku bukan sugar mummy kau ya. Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik.



"Tolonglah, tak kisah la aku nak phone aku balik dengan beg Gucci tu je macam aku cakap aku bukan sugar mummy kau! Tak apalah bro semua duit aku kasi kau, aku halalkan," katanya.

Untuk makluman, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: