25 May 2021

TERIMA SUNTIKAN ASTRAZENECA - NOURUL LEGA TAK ALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SEMINGGU



"Sikit saja vaksin ni. Tak sakit. Alhamdulillah untuk kami anak beranak tak ada apa-apa kesan sampingan sama ada demam atau sakit badan. Saya tahu ada yang pening atau rasa nak pengsan.

"Biasanya sebab kita takut sakit atau seram rasa sakit. Tak kurang juga yang risau atau fikir yang bukan-bukan. All in the mind. Insya-Allah tak ada apa. Vaksin hanya untuk lindung kita dan orang lain sekeliling kita.

"Ingat tak masa kita kecil kita dapat vaksin polio, diphtheria dan macam-macam lagi. Rubella pun. Tak ada apa kan? Semua tu untuk lindung kita daripada tak kena penyakit tu semua. Samalah juga vaksin AstraZeneca ni," demikian tulis enyanyi Nourul Depp menerusi laman Instagram miliknya.

Melihat pada entri tersebut, Nourul memberitahu dia dan keluarganya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk seperti demam atau sakit badan, selepas seminggu menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

Klik untuk gambar besar



Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab dalam masa sama turut menasihati orang ramai agar tidak berasa bimbang untuk mengambil suntikan vaksin tersebut.

Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, vaksin itu merupakan pelindung diri daripada penyakit sama seperti suntikan yang diambil ketika zaman kecil.

Ramai rakyat Malaysia sudah menerima suntikan vaksin AstraZeneca sejak awal Mei dan pendaftaran pusingan kedua secara sukarela pula akan dibuka kepada individu berusia di bawah 60 tahun bermula pukul 12 tengah hari Rabu. Tempahan akan dibuka bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.


Dalam pada itu, Nourul berharap rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab dengan mengambil suntikan vaksin itu dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

"Pesan ni sebagai manusia. Sama macam hangpa (anda) semua. Hidup atas dunia ni bukan kita seorang saja. Kalau kita seorang, senang. Kalau kena apa-apa, mati seorang. Kami tak mewakili sesiapa atau kerajaan. Tapi kami wakil manusia lain yang mahukan kedamaian mental dan kehidupan.

"Selagi ada benda ni, hidup tak tenteram. Kita ditakutkan dengan macam-macam. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri. Selfish yang orang dok sebut tu, tu la maksud dia. Jaga diri," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: