25 May 2021

ISU CIAPAN TIDAK SENSITIF - IMAN TROYE TAMPIL MINTA MAAF



"Saya minta maaf dan menyedarinya selepas memuat naik ciapan tersebut. Ciapan tersebut telah mencetuskan salah faham dan saya mengakuinya. Perkara itu menunjukkan saya tidak sensitif dan sepatutnya saya menyedarinya.

"Saya tidak berniat untuk menyakiti mahupun menggores hati mana-mana pihak, terutama petugas barisan hadapan serta mereka yang terkesan kerana pandemik Covid-19. Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

"Saya mohom maaf. Terima kasih semua yang tegur saya dan akan cuba jadi lebih baik," demikianlah kata penyanyi Iman Troye dimana dia akhirnya tampil meminta maaf secara terbuka selepas dituduh tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

Selepas dihujani dengan kecaman hebat, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, mengakui kesalahannya dan memohon maaf atas ketelanjuran ciapan Twitternya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Pelantun lagu 'Teman' itu bagaimanapun berkata, dia tidak berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak menerusi ciapan tersebut. Gadis yang popular dengan lagu 'Pejam Celik Hari Raya' itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegur kesilapannya itu.

Sebelum ini, Iman dikecam hebat susulan memuat naik ciapan seperti meraikan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan angka 6,976 kelmarin: "Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6,900 semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000," ciapnya.

Susulan ciapan kontrobversi tersebut, Iman juga telah menyahaktif akaun Twitternya. Sehingga sekarang, namanya masih sohor kini dalam Twitter selepas muncul dalam lebih 37,000 ciapan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: