16 June 2021

6 TAHUN KAHWIN - MARSHA MASIH MENANTI DIKURNIAKAN ZURIAT, BERSERAH PADA ALLAH SWT



"Kalau sentuh tentang hal anak, masih belum ada lagi rezeki untuk ke arah itu. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik sahaja. Malah saya tiada jawapan bilakah saya akan dikurniakan anak, hanya berserah sahaja pada Allah SWT.

"Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma Dia sahaja yang tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk saya berpeluang untuk jadi ibu dan ada anak," itulah kata penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang masih menanti untuk dikurniakan permata hati sebagai pelengkap sebuah keluarga.

Sudah menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri mahligai cinta yang dibina.Begitu juglah dengan Marsha yang sudah hampir 6 tahun berkahwin bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 3 (AF3) ini menjelaskan, dia dan suami tidak merancang. Sebaliknya terbuka mengenai soal tersebut.

"Sejujurnya, saya dan suami memang tidak merancang namun untuk soal hamil itu semua dengan izinNya. Masa mula-mula kami kahwin, sebenarnya kami memang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki awal dan kami memang berserah.

"Cuma belum lagi ada, harap semua sama-sama mendoakan agar saya dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak sendiri, insya-Allah," ujar Marsha yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga ahli perniagaan itu pada 31 Disember 2015.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: