07 June 2021

AIR MATA MARYAM JATUH BILA RYZAL MOHON MAAF PADANYA ATAS SEGALA KESILAPAN



"Maafkan Abang, Sayang.. Pada 2017, Ryzal pertama kali berjumpa Maryam. Pada 2018, kami mula berkenalan dan Ryzal berjanji akan menjadikan Maryam terkenal di Malaysia. Ryzal mulakan langkah pertama dengan merakamkan rutin harian, mengajarnya perkataan Bahasa Melayu, tentang Islam dan kepelbagaian budaya di Malaysia.

"Pada Ogos 2019, kami mula dikenali Malaysia setelah berjaya membawa Maryam dalam Islam dan menikahinya. Pada 2020, Maryam semakin dikenali kerana telatahnya dan Ryzal mulakan Youtube sebagai platform untuk kami mendokumentasikan kehidupan seharian dan pada tahun sama juga Ryzal melunaskan janji untuk bawa Maryam pulang ke Malaysia.

"Pada 2021, Maryam mula menceburi industri hiburan sepertimana Ryzal janjikan. Namun, ianya usaha dan bakatnya yang tersendiri, Ryzal hanya membantu carikan peluang. Maafkan kekhilafan Ryzal meletakkan Maryam dalam keadaan begini. Tiada sebesar zarah niat mengecewakan semua.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih semua rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan dimana saja korang berada yang sentiasa menyokong dari awal sehingga kini," demikian tulis personaliti media sosial yang popular menerusi saluran DurianKimchi, Ryzal Ibrahim yang tampil bersemuka dengan isterinya, Maryam You Narae untuk meminta maaf atas segala kesilapan dilakukannya.

Permohonan maaf itu dibuat Ryzal menerusi satu posting beserta video di Facebook dan Instagram. Menurut Ryzal, mereka mula berkenalan pada 2018 dan ketika itu dia berjanji akan menjadikan Maryam terkenal dan membawanya ke Malaysia.



Menurutnya, tiada sebesar zarah niat mengecewakan semua, apatah lagi isterinya. Menerusi video berkenaan, Maryam dilihat sebak dengan apa yang permohonan maaf Ryzal itu.

Sekadar info, isu berkaitan Ryzal tercetus selepas dia terlanjur bicara apabila memberikan pandangan yang mengguris hati ramai mengenai pakaian tradisional Ngepan Iban dari Sarawak. Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: