07 June 2021

SELEPAS YUSOFF - TANGAN ANAK BONGSU ALIFF SYUKRI PULA CEDERA TERKEPIT DI MESIN TREADMILL



"Kisah pkl 10.00 Malam tadi... sambil mama buat susu keluar pula Meena dan Raudhah ke mesin treadmill. Buka plug pastu apalagi naik la pastu Raudhah terjatuh terkepit tangan kat bawah mesin treadmill.

"Nasib cepat nampak... anak kecil banyak kat rumah. Program depa pun banyak, apatah lagi ada geng. Syukur tak ada apa-apa yang serius," demikianlah cerita isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menerusi laman Instagram miliknya.

Pasangan ini cemas apabila anak bongsu mereka, Raudhah Arshiyah terjatuh dan tangannya terkepit di mesin senaman treadmill. Kejadian yang berlaku di kediaman mereka sekitar pukul 10 malam.

Sebelum ini, anak keempat Aliff dan Shahida bernama Yusoff Al-Qardawi juga pernah cedera selepas tersepit di mesin treadmill di kediaman mereka.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: