30 June 2021

AL-FATIHAH - TONY SPIDER DIJEMPUT ILAHI HARI INI



Awal pagi ini, pemain bass kumpulan terkenal Spider iaitu Tony Iskandar telah meninggal dunia. Berita pemergian Tony dikongsikan pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 7 pagi.

"Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin," tulis Along.

Tony yang cukup terkenal dengan sifat ramahnya itu difahamkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh. Allahyarham dikatakan sedang menyiapkan album kumpulan Jimbara.

Salah seorang teman baiknya yang juga seorang wartawan, Syahril Kadir turut menyampaikan berita duka tersebut melalui hantaran di Facebook miliknya.

"Tony Spider dah tak ada. Sebentar tadi aku macam tak percaya bila dapat tahu dia dah meninggal dunia. Aku cuba call handphonenya. Dijawab seseorang.

Klik untuk gambar besar



"Jenazah Tony kata lelaki itu sedang diuruskan untuk dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh. Allah... semoga rohmu dicucuri rahmat. Tenanglah kau di sana sahabatku," tulisnya sekitar tiga jam lalu.

Untuk rekod, Tony merupakan anggota asal kumpulan Spider bersama Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar). Allahyarham kemudian meninggalkan kumpulan yang pernah memenangi Juara Lagu menerusi 'Relaku Pujuk' itu dan posisinya sebagai pemain bass digantikan oleh Is.

Spider kini dianggotai oleh tam, Nafie, Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass). Namun demikian hubungan Tony dan anggota kumpulan yang 'dibesarkan' oleh M. Nasir ini tetap akrab.

Al-Fatihah dan salam takziah kami ucapkan buat seluruh keluarga Tony.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: