30 June 2021

WAN NADJI MOHON DOA, ISTERI POSITIF COVID-19 SEBELUM BERSALIN



"Isteri sepatutnya bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi sebab ketiga-tiga anak sebelum ini memang lahir di sana. Tapi pagi tadi (Selasa), bila dia buat ujian calitan untuk prosedur masuk hospital dan keputusan menunjukkan dia positif Covid-19... memang saya sedih sebab isteri tidak menunjukkan apa-apa simptom sebelum ini.

"Saya terkilan sebab tak dapat nak sama-sama dengan dia sambut kelahiran anak lelaki kami, sebelum ini pun anak kedua saya, lelaki juga... saya tiada di sisi dia sebab ada show di Thailand.

"Sekarang saya risau mengenai isteri, takut ada apa-apa komplikasi ketika dia melahirkan... saya harap orang ramai dapat mendoakan isteri dan anak saya supaya semuanya berjalan lancar dan selamat.

"Saya harap isteri dapat melawan virus tersebut dan doktor ada cakap worst case kalau isteri teran takut oksigen tak sampai pada baby dan kemungkinan besar kena buat pembedahan... saya harap semuanya baik-baik sahaja nanti," demikianlah kata bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi.

Selepas isteri iaitu Dr. Nor Azreen Rahim, 30, disahkan positif Covid-19 pada Selasa, Wan Najdi berasa terkilan kerana tidak dapat menyambut kelahiran anak keempat bersama.

Klik untuk gambar besar



Menurut Wan Najdi atau nama sebenarnya, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 30, susulan keputusan tersebut isterinya yang kini sarat hamil sembilan bulan akan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada pagi Rabu.

Wan Najdi berkata, isterinya mungkin dijangkiti wabak itu di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan berikutan bertugas di sana.

"Kemungkinan besar isteri dijangkiti di situ sebab Port Dickson juga merupakan antara lokasi merah Covid-19 di negeri tersebut," jelasnya yang turut memberitahu dia dan tiga anaknya akan melakukan ujian calitan pada Rabu.

Untuk makluman, Wan Najdi berkahwin dengan Nor Azreen pada 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Nur Maisarah, 5, Wan Musthofa, 3, dan Wan Nur Medina, 2 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: