30 June 2021

"ADA TAK BUKTI AKU KENA REMAN" - ZARINA ANJOULIE TAWAR RM1,000



"Aku kena gari ke? Sekarang ini pun aku memang hari-hari pergi balai sebab ada kes yang berjalan dengan benda lain. Jadi ada ke gambar aku ditahan masuk lokap? Tak.. Ada ke gambar aku kena gari? Tak.. sebab jelas aku non stop live dari Isnin aku buat story, aku buat live.

"Bila masa aku kena reman? Kalau korang pergi IPD Nilai, pergi cari polis aku boleh bagi dan ko call cakap aku kena reman, aku bagi ko RM1000 kalau boleh buktikan aku kena reman okay. Ini janji aku. Ada tak bukti aku kena reman?

"Kalau jamin polis dan sangkut urine pun kau tetap kena masuk lokap, faham tak, 12 jam," itulah kata Zarina Anjoulie yang tampil menerusi IG Live pagi tadi dengan menafikan dakwaan dia telah ditahan polis.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila netizen mendakwa Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju merupakan selebriti wanita yang ditahan positif dadah. Dek kerana itu, pelakon kontroversi itu akhirnya tampil membuka mulut.

Terdahulu, Anju berjanji dia akan memberikan kenyataan dalam masa beberapa hari lagi. Ujarnya buat masa ini dia mahu mengambil kesempatan berkenaan untuk membuat ulasan produk.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: