30 June 2021

TIMANG 'BABY BOY' LAGI - KMY KMO & ISTERI NAMAKAN 'ABDUL AKBR NASEEM'



Pada tanggal 23 Jun lalu, penyanyi rapper iaitu Kmy Kmo dan isterinya telah selamat menimang anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki. Kmy berkongsi berita gembira dan meluahkan rasa syukur menerusi laman Instagram.

Jelas Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, isteri dan bayi lelakinya itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat. Katanya lagi, dia dan isteri juga telah bersepakat untuk menamakan putera kedua mereka itu 'Abdul Akbar Naseem'.

"Anakanda saya dan isteri saya @syifadiana312 selamat dilahirkan pada 7hari lepas. Alhamdulillah, sihat seadanya Pertama, Abdul Jabbar Rakeem @abduljabbarrakeem (2 Tahun lebih) dan kedua, Abdul Akbar Naseem (7 Hari).

"Kedua dua Putera saya ni adalah cahaya mata yang sering memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang demi kelangsungan hidup hingga ke hari ini," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Kmy turut memaklumkan kedua-dua anak itu merupakan sumber kekuatannya untuk terus cekal bagi menghadapi cabaran hidup terutamanya ketika detik sukar ini.

Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu '7 Nasihat' itu turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mengutamakan kelurga dalam apa jua hal sekalipun

"Kadang bertakung air mata, kadang sebak didada, kadang berjuta juta visual bermain dilayar akal. Didalam musim yang penuh pancaroba ini, Hidup la kita untuk silaturahim kita, usah lagi mengharapkan pada sesuatu janji yang belum pasti telus tanpa ada agenda.



"Kuatkan la semangat mu demi anak-anak, ibu, isteri, ayah, dan adik beradik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita setiap hari. Aku kuat, demi orang yang aku sayang, sama la dengan engkau, engkau pun kuat untuk orang yang kau sayang. Terus bersemangat semua, ayuh," ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga segala urusan Kmy dan keluarga akan sentiasa dipermudahkan.

"Salam tuan, tahnih diatas kelahiran cahaya mata baru ni. Semoga anak ini sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan dirahmati dalam segala hal. - "SubhanAllah semoga menjadi insan yang soleh dan hebat. - "Alhamdulillah, semoga sihat-sihat belaka. Ameen.

"Alhamdulillah, semoga kelahiran cahaya mata baru, bisa mengeratkan ikatak cinta kalian. Terus berkarya bro," antara komen-komen netizen di Instagram.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: