30 June 2021

BERITA KOMPLIKASI ISTERI - FITRI HARIS BENGANG GRUP ANTI VAKSIN GUNA SEBAR DAKYAH



"Ada tersebar grup anti vaksin mengatakan seolah-olah apa yang berlaku terhadap anak saya adalah disebabkan isteri sudah ambil vaksin. Grup itu dia ambil gambar dalam instagram isteri saya padahal komplikasi isteri ketika bersalin tiada kena mengena dengan isu vaksin apa semua yang mereka cakapkan tu... ini dah jadi satu fitnah.

"Saya kena terangkan pada masyarakat supaya tiada mana-mana pihak yang salah faham sebab saya tengok dahsyat juga followers mereka, ada dalam lebih kurang 20,000 orang," kata penyanyi Dr Fitri Haris yang bengang apabila foto isterinya, Fazilah Omar disalah guna oleh kumpulan anti vaksin di aplikasi Telegram dengan menyebarkan maklumat yang tidak benar.

Menurut Fitri, 37, kumpulan itu menuduh komplikasi isteri ketika bersalin dan masalah yang dihadapi anaknya disebabkan pengambilan vaksin. Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, isteri Fitri terpaksa menjalani pembedahan dan melahirkan bayi awal dari tarikh sepatutnya disebabkan berdepan dengan penyakit asma yang teruk.

Anak lelaki Fitri menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Pakar An-Nur Bangi, Selangor.

Klik untuk gambar besar



Menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berrtanggungjawab, Fitri akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu terus disebarkan kumpulan berkenaan.

"Saya akan ke balai polis untuk buat laporan dahulu dan minta nasihat daripada pihak berkuasa macam mana. Jika diteruskan (perkongsian), saya akan ambil tindakan mahkamah. Perbuatan mereka ini membuatkan emosi isteri terganggu sebab dia tengah recovering dan dengan keadaan anak lagi. Saya cuma berdoa mereka ini dibukakan hati serta mendapat hidayah daripada Allah SWT," ujarnya.

Bekas anggota UNIC ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Fazilah pada Disember 2019. Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap di Singapura bersama bekas isterinya. Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10 tahun.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: