03 June 2021

BERSYUKUR KANDUNGAN SIHAT - ELLY MAZLEIN KONGSI FOTO SONOGRAM JARI BABY BUAT TANDA GOOD



"Baby cakap, cantikkkkkkk dikkkkk.. tengok tu ibu jari dia... mama gerammmmmm da.. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.. Doakan Kepom & baby selamat ya kesayangan.

"Kak kepom pun Doakan anda yang sedang usaha untuk mendapat Zuriat, terus kekal usaha, Doa & tawakal ya.. kesihatan pun kena jaga juga.. senaman kena buat.. jaga makan.. ambil ubat yang sesuai ya..

"InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat & lambat je.. Bersangka baik selalu," tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang berkongsi foto sonogram selain meluahkan rasa syukur anak dalam kandungannya sihat.

Klik untuk gambar besar



Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Foto sonogram yang diperoleh ketika proses ultrasound telah menarik perhatian peminatnya.

Foto tersebut merakamkan imej bayi yang berada di dalam kandungan seolah-olah ibu jarinya membuat bentuk tanda bagus. Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengusik Elly dengan coretan lucu berkenaan foto tersebut selain mendoakan kesihatan kedua-dua mereka.

Untuk makluman, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari lalu. Sebelum ini, Elly juga pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 namun bercerai pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: