03 June 2021

TAWARAN KURANG, RESTORAN TUTUP - HAQIEM RUSLI KINI BERGANTUNG DENGAN WANG SIMPANAN



"Tipulah kalau tidak terkesan sepanjang pandemik ini. Tawaran nyanyian sudah tidak serancak sebelum ini, malah restoran juga saya terpaksa tutup sementara waktu. Sekarang ini saya cuma mengharapkan wang simpanan yang ada. Selain itu, saya juga ada beberapa komitmen untuk ulasan dan kempen produk di media sosial.

"Jadi sedikit sebanyak dapatlah menampung kehidupan sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh hingga 14 Jun ini," itulah kata penyanyi Haqiem Rusli yang mengakui terkesan sejak penularan Covid-19 lebih setahun lalu.

Haqiem memberitahu, tawaran nyanyian berkurangan, restoran terpaksa ditutup sementara dan kini banyak bergantung hidup dengan wang simpanan. Bagaimanapun, Haqiem yang juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-33 itu bersyukur apabila menerima beberapa tawaran kempen di akaun media sosial miliknya untuk terus menambah pendapatan.

Menurut Haqiem, bagi memastikan keselamatan pekerja serta ahli keluarganya selamat, dia mengambil keputusan untuk menutup sementara restoran miliknya, SanThai Village yang terletak di Setapak.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun terpaksa menanggung kerugian apabila kedai tidak beroperasi, tapi demi keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarga saya percaya ini adalah langkah terbaik.

"Lagipun saya tidak mahu ahli keluarga saya keluar rumah untuk bekerja. Kami sekeluarga memang duduk rumah saja sekarang kerana keadaan Covid-19 amat membimbangkan.

"Apabila sudah reda nanti, barulah kami kembali beroperasi. Soal nasib pekerja, kami akan cuba cari jalan untuk membantu mereka dalam waktu sukar ini," ujarnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: