03 June 2021

'MUHAMMAD AISY AL JIBREEL' - NAMA ANAK KELIMA AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA



Selepas genap tujuh hari kelahiran, akhirnya pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha telah berkongsi wajah serta nama cahaya mata kelima mereka. Pasangan ini sepakat menamakan anak lelaki mereka dengan nama 'Muhammad Aisy Al Jibreel'.

Selain itu, adik kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau Che Ta itu turut berkongsi berat badan anak kelima semasa dilahirkan dan berseloroh kapasiti kenderaan keluarga pun sudah penuh.

"Alhamdulillah Syukur Allah Kurniakan lagi Rezeki Zuriat Keturunan untuk Yang Sempurna Untuk Ku.. Semoga Akhlak dan Adab nya jugak Sesempurna ciptaNya, menjadi anak yg soleh,penyejuk hati Mummy & Daddy. Terima kasih kepada semua yg mendoakan dgn kata2 yg baik, semoga segalanya kembali kepada anda.

"Muhammad Aisy Al Jibreel. 1.94kg slim je kelahiran Jibreel memeriahkan Keluarga kami. Kalau nk p bejalan mana xdak sapa bole tumpang dh.. penuh qeta 8 orang @zaqone_08," tulis Ayu.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Zaquan yang merupakan pemain bola sepak Negeri Sembilan itu turut berkongsi video pendek bayi lelaki mereka: "Alhamdulillah hari ini genap 7 hari... semoga menjadi anak yang soleh MUHAMMAD AISY AL JIBREEL BIN MOHAMAD ZAQUAN ADHA," tulisnya.

Hantaran video pasangan tersebut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan warganet. Ada juga memuji kecomelan Muhammad Aisy Al Jibreel yang disifatkan mirip seperti bapanya.

Untuk makluman, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel yang baru berusia tujuh hari.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: