03 June 2021

"MENGALAKKAN ORANG KELUAR BELI MACAM MANA?" - FIZZ FAIRUZ CADANG PENIAGA KECIL 'LOCKDOWN' SAMA-SAMA



"Nak tanya kejap, kalau buka (benarkan) peniaga kecil ini, agaknya mengalakkan orang keluar membeli ke macam mana? Saya hanya tanya, kalau boleh kita PKP sekejap dua minggu. Kita sama-sama susah sekejap kemudian cari rezeki semula.

"Macam mana, tak begitu?" demikian tulis pelakon Datuk Fizz Fairuz yang meluahkan rasa bimbang apabola golongan peniaga kecil dibenarkan berniaga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menggalakkan orang ramai keluar.

Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Intagram, Fizz turut mencadangkann golongan peniaga kecil untuk turut sama duduk di rumah selama dua minggu ini bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri itu juga, Fizz turut memuat naik paparan berita bertajuk Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Perkongsian Fizz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan cadangannya itu, malah ada yang tidak bersetuju serta beranggapan pelakon itu tidak memahami kesusahan dilalui peniaga kecil.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: