03 June 2021

USAHA KUMPUL DUIT - ANAK NABILA HUDA MENANGIS DIHADIAHKAN IPAD, SELEPAS KENA 'PRANK'



Pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram telah memuat naik video dimana dia membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Keisha Laila yang ke-11. Melihat pada video yang dikongsikan, Keisha dilihat menangis selepas mendapat hadiah yang diidamkan selama ini.

Bagaimanapun sebelum memberikan hadiah iPad, Nabila telah melakukan 'prank' kepada Keisha dengan memarahinya kerana tidak cukup pantas membuat kerja yang disuruh. Keisha sebagai anak akur dan menundukkan wajah sedihnya sambil mendengar 'bebelan' ibunya.

Namun segalanya berubah selepas Nabila menyuruh anaknya membuka sebuah kotak dan sebaik sahaja memegang barang tersebut, Keisha terus memeluk ibunya dan menangis.

Meski cuba untuk mendidik anaknya itu agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatkan, namun Nabila yang mesra disapa Abil memilih untuk membahagiakan anaknya, sejurus sihat selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam kapsyen video IG TV, pelakon filem 'Munafik' dan 'M4m4' itu menjelaskan anaknya berusaha mengumpul wang demi mendapatkan gajet berkenaan.

"Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tau mummy dia takkan beli kan. Abil penah cerita before this o memang takkan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak, dia kena usaha.

"So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi asst. Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul. Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sbb nak beli ipad," tulisnya.



Melihat kesungguhan Keisha, bintang drama bersiri 'Diva Popular' ini meluahkan bangga selepas melihat anak perempuannya itu tidak patah semangat mengumpul wang. Lalu, aktres berusia 36 tahun ini telah menghadiahkan tablet seperti yang diinginkan oleh anaknya.

"Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung rm450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha! I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil.

"Tak pernah dia merengek nak something dari kecik. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11. Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive covid.



"I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa quarantine tu I decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy. Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu , You just got punked!" katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi reaksi terhadap video yang sudah pun menerima tontonan lebih 300,000 ribu itu. Masing-masing menyatakan rasa tersentuh hati dan gembira melihat 'drama’ yang dikongsikan Abil.

Untuk makluman, Abil telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 11. Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: